PEMBIAYAAN TABUNG MODAL PUSINGAN

PEMBIAYAAN TABUNG MODAL PUSINGAN

PEMBIAYAAN TABUNG MODAL PUSINGAN (SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA)

Pengenalan

  • Khidmat pembiayaan melalui Tabung Modal Pusingan (TMP) oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah diwujudkan di bawah Akta Acara Kewangan 1957 pada tahun 1985 bertujuan membantu koperasi dalam penyediaan dana untuk melaksanakan projek yang berdaya maju
  • Semua koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502) yang diselia oleh (SKM) adalah layak untuk memohon

Jenis-Jenis Pinjaman/Pembiayaan

Modal Pusingan

  • Pengguna
  • Pekerja-pekerja kontrak
  • Perkhidmatan
  • Ar-Rahnu/Kredit

Pembangunan Hartanah

  • Pinjaman Sementara (Bridging Finance)
  • Bayaran Premium
  • Kos Pembangunan

Pemilikan Harta         

  • Membeli Tanah/Bangunan/Kilang
  • Ubah suai/baik pulih
  • Pembinaan banguna

Lain-lain

  • Pengangkutan (Pembelian Kenderaan)
  • Asas Tani
  • Pertanian
  • Perindustrian
  • Mesin/Jentera

Tempoh Pinjaman/Pembiayaan Yang Ditawarkan

  • Bercagar ≤ RM50,000 (maksimum 5 tahun)
  • Bercagar RM50,001 ≤ RM10 juta (maksimum 10 tahun)

Kelayakan

  • Koperasi berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
  • Koperasi telah didaftarkan tidak kurang daripada 18 bulan dan akaunnya telah diaudit
  • Projek yang akan dilaksanakan adalah berdaya maju (viable)
  • Pentadbiran dan pengurusan koperasi mematuhi Akta Koperasi 1993, Peraturan-peraturan Koperasi 1995 dan Undang-undang Kecil Koperasi
  • Pengurusan perakaunan adalah teratur dan dikemaskini dan penyata kewangan semasa telah diaudit
  • Projek yang akan dibiayai memberi manfaat kepada anggota dan koperasi

Kriteria Permohonan Yang Dipertimbangkan

  • Untuk membiayai projek ekonomi yang dilaksanakan dan dimajukan oleh koperasi sendiri
  • Wang pembiayaan hendaklah digunakan bagi tujuan seperti mana yang diluluskan
  • Sebarang perubahan tujuan penggunaan perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Kumpulan Wang Amanah TMP terlebih dahulu

Kriteria Permohonan Yang Tidak Dipertimbangkan

  • Permohonan pembiayaan untuk membiayai projek yang dilaksanakan oleh anak syarikat koperasi, atau pihak lain
  • Permohonan pembiayaan untuk tujuan pelaburan dalam saham
  • Permohonan pembiayaan untuk membiayai projek yang bertentangan dengan prinsip Syariah

Cara memohon

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di Sistem Permohonan Atas Talian (Online) SKM

  • Anda perlu mendaftar sebagai pengguna (pengguna baharu) dan seterusnya akan diberikan kata nama dan kata laluan untuk mengakses Sistem Permohonan Atas Talian SKM. Bagi yang telah mempunyai akses ke sistem, anda boleh terus daftar masuk
  • Daftar masuk dan lengkapkan semua butiran yang diperlukan dalam Sistem Permohonan Pembiayaan Kredit SKM
  • Anda juga perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan untuk dimuat naik ke dalam sistem tersebut.

Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

Dokumen Utama – merangkumi maklumat Perancangan Perniagaan

Lain-lain Dokumen – merangkumi minit dan kertas kerja

Klik untuk Borang Permohonan Pembiayaan Tabung Modal Pusingan (TMP-JPK) atau dapatkan di mana-mana pejabat SKM Wilayah/Negeri

KOLEKSI SUMBER RUJUKAN : Halaman  Web Suruhanjaya Koperasi Malaysia



Translate »