Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat Berhad atau lebih dikenali sebagai Koperasi KGMMB Berhad telah mula beroperasi sejak 1974. Keanggotaannya melebihi 50,000 dan mereka adalah daripada golongan guru-guru Melayu Malaysia Barat. KGMMB Berhad menjalankan perniagaan kredit kepada anggota mereka dengan membantu dan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada guru-guru Melayu iaitu mengumpul dana dan kemudian melaborkan semula kepada anggota dalam bentuk pembiayaan.
Kepantasan dan ketepatan mencapai maklumat adalah keperluan zaman IR 4.0. Pihak pengurusan dan pihak anggota tidak boleh lagi bergantung kepada teknologi lama yang memerlukan tenaga manusia yang banyak. Atomasi dalam pengurusan data ahli dan data akaun amat diperlukan untuk pencapaian data telus dan pantas tanpa kesilapan atau ralat. Ini akan meyakinkan anggota lalu meningkatkan keanggotaan serta memperbaiki prestasi dan imej perniagaan KGMMB Berhad.
Pada bulan Mac 2024, KGMMB Berhad telah melangkah ke alam teknologi pendigitalan aplikasi pengurusan dengan melanggan aplikasi Maju Koop. Aplikasi Maju-Koop adalah suatu aplikasi Pengurusan Keanggotaan dan Perakaunan secara automasi yang berada di pasaran di Malaysia lebih daripada 20 tahun. Keperluan yang semakin meningkat dari segi pendigitalan dan pengaksesan mudah di pergelangan tangan ahlinya menyebabkan pengurusan KGMMB Berhad memilih aplikasi Maju Koop.
Kejayaan perniagaan dan perkhidmatan masa kini amat bergantung kepada kepantasan dan ketepatan bagi membolehkan pelanggan yakin dengan organisasi yang dianggotainya selain dari kepuasan kepada perkhidmatan yang diberi dan jaminan mutu keluaran atau perhkidmatan. KGMMB Berhad amat memahami denyutan nadi para ahli mereka. Langkah berani pengurusan KGMMB Berhad perlu dipuji.
Pihak pengurusan Perfect Digital Technologies Sdn. Bhd. mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih ke atas kepercayaan terhadap produk dan syarikat kami. Kami akan menjamin KGMMB Berhad terus maju dan menjadikan pengurusan organisasinya beraotomasi sepenuhnya. Kami amat yakin untuk meletakkan KGMMB Berhad sebagai peneraju dalam sektor koperasi kewangan melalui inovasi teknologi terkini.